Powered by Blogger.
RSS

*Sustainability. Responsibility* Manifesto (3) - Pelestarian Kampus / Campus Sustainability


Menyambung usul saya yang ketiga, iaitu pelestarian kampus, ataupun boleh dikenali dengan nama inggeris “Campus Sustainability”, sejajar dengan visi dan misi Dato Naib Canselor, Prof Dato Dr Zaini Ujang. Memang benar Pejabat Harta Bina UTM telahpun melaksanakan kempen ini secara besar-besaran, tetapi langkah mereka masih lambat utk mencapai matlamat tersebut. Jadi, saya ingin menjadi katalis untuk membantu dalam hal ini. Universiti Sains Malaysia USM telah berjaya mewujudkan no-plastic di sekitar kampus, bila UTM ingin mencapai ini lagi?


Dalam melaksanakan pelestarian kampus ini, fakulti kita masih kekurangan tong kitar semula. Jadi, manifesto saya adalah untuk meletakkan tong kitar semula di bangunan FGHT. Di sebelah tong kitar semula hendaklah mempunyai sebuah tong sampah hitam untuk membuang sampah yang tidak boleh dikitar semula supaya mahasiswa tidak membuang sebarang sampah ke dalam tong kitar semula.


Seterusnya, saya ingin membangkitkan semula kepenggunaan tong kitar semula di sekitar UTM dengan lebih efektif. Sampah sarap yang dikutip nanti hendaklah dijual atau diberi kepada syarikat kitar semula untuk diproses nanti. Tong kitar semula bukanlah hanya menjadi symbol semata-matanya, tetapi harus diguna dengan cara yang betul!! Adalah sedih apabila saya melihat plastik minuman dibuang ke dalam tong kitar semula, dengan air di dalam plastic, berada di dalam tong kitar semula. Di mana mentaliti kita sebagai mahasiswa? Tidakkah mereka tahu bahawa plastic tersebut tidak boleh dikitar semula, apatah lagi dengan air di dalam plastic?! Jadi, saya ingin mengetengahkan kepenggunaan tong kitar semula di sekitar kampus.



Cintailah bumi kita.



* Mungkin ada orang akan mempersoalkan, jikalau saya menggunakan konsep sustainability, kenapa saya masih menggantungkan poster dan mengedarkan flyers di fakulti dan Kolej 11? Namun, sila perhatikan poster saya dengan baik-baik, saya menyaran mahasiswa untuk kitar semula poster-poster saya, selepas Pilihan Raya Kampus. Mahasiswa juga digalakkan mengambil poster-poster saya selepas PRK untuk digunakan sebagai kertas conteng. Selain itu, setiap flyers saya mempunyai pernyataan, "Sila kitar semula," supaya dapat memberi kesedaran kepada para mahasiswa.




Kertas hijau kecil di poster saya.

********************************************************************************



Undilah saya, KOH WEN YING, sebagai calon fakulti FGHT.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

shahsyaz said...

goodluck for u'r PRK...

i'm 1 of the UTM JB 's student..

Wen Ying said...

thanks. =D