Powered by Blogger.
RSS

Pembinaan Negara Bangsa - Sudahkah Anda Bersedia?

Saya kurang faham dengan mentaliti masyarakat Malaysia dalam membina negara bangsa. Walaupun slogan "Satu Malaysia" selalu dilaung-laungkan, ramai rakyat Malaysia masih melihat seseorang daripada jenis kaum atau puak atau agama yang dia dikategorikan dan menganuti, bukan melihat seseorang daripada personaliti. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu bukan merupakan puak yang sama kita, kita selalunya memperkenalkan orang itu dengan "Cina itu", "Melayu itu", "India itu" dan sebagainya.

Perkara ini telah terjadi di sekeliling saya apabila saya menerangkan seorang sahabat saya, Siti kepada kaum yang sama dengan saya. Saya sengaja tidak memberitahu nama Siti dan menghuraikan kaum Siti. Dan dengan rasa kecewanya, pendengar menyangka Siti itu adalah kaum yang sama dengan kami. Selain itu, saya juga sering menghuraikan seseorang kepada rakan-rakan saya yang terdiri daripada kaum yang beza daripada saya, perkara pertama yang mereka tanya pastinya: "Chinese or Malay?" atau "Ini Melayu/Cina/India ke?"

Di samping itu, penulis melihat bahawa nama samaran yang dikenakan kepada setiap kaum kian berleluasa. Gadis Cina dipanggil "Ah Moi" dan gadis India dipanggil "Minachi". Juga, dalam kalangan Cina, mereka suka memanggil Melayu "Melayu itu". Saya masih ingat, apabila saya dipanggil "Ah Moi" untuk kali pertama saya di MRSM, saya menangis di dalam kelas. Pada masa itu, saya tidak sangka bahawa guru juga akan menilai seseorang dari kaum seseorang itu. Walaupun perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah orang, tetapi ini telah menunjukkan masyarakat sekarang kian melihat luaran seseorang tersebut dengan kaum.

Persoalannya, adakah kita sudah sedia mengkikis tabiat ataupun sikap ini? Bilakah kita akan menilai seseorang itu dari personalitinya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS