Powered by Blogger.
RSS

Macammana nak apply study overseas? Macammana nak mohon biasiswa?

Salam dari UCL.

Entri blog ni adalah untuk menjawab soalan junior yang semangat sambung study di overseas. Antara preparation yang telah akak buat adalah seperti berikut:

1. SEMAK BIASISWA
Semak biasiswa yang sedia ada semasa tahun ketiga. Kelebihan prepare awal adalah boleh aim nak masuk universiti mana, boleh tahu requirement yang perlu untuk masuk universiti. Akak memang aim Biasiswa JPA Program Pelajar Cemerlang yang ditawarkan, lihat betul-betul requirement, hanya Top 20 yang akan ditimbangkan, dan CGPA hendaklah melepasi 3.75. Ni entri akak yang senaraikan universiti Top 45 dalam Geomatik Engineering pada bulan Jun 2012 lepas. Untuk bumiputra, anda boleh apply Mara Loan. Dia 20% loan dan 80%, requirement keputusan 3.0 ke atas. Mara Loan senang dapat. 

2. DAFTAR UNIVERSITI
Selepas dah tahu requirement biasiswa, hendaklah tahu requirement kemasukan universiti. Start apply universiti 7 bulan sebelum anda grad. Bayaran untuk pendaftaran kadang-kadang diperlukan. Untuk UCL, dorang minta keputusan IELTS. Oleh itu, akak telah mengambil exam pada awal bulan Februari 2013. Memanglah bersyukur kerana UTM menawarkan exam IELTS dalam kampus. Baca betul2 sebelum mengambil exam ni, sebab kos memang mahal. Sekali IELTS, RM600 burn. Nasib baik akak pass dengan score seperti berikut

3. MOHON BIASISWA
Selepas dapat conditional letter atau unconditional letter daripada universiti, dah boleh start mohon biasiswa. Perhatikan tarikh tutup apabila permohonan biasiswa dibuka. Kalau boleh, tarikh pengumuman keputusan biasiswa selang sebulan dengan tarikh buka sem di universiti, kerana ianya memberi masa untuk anda melengkapkan perjanjian dan persediaan etc.

4. TUNGGU BERITA
Selepas hadir temuduga (jika perlu), tunggulah berita baik di rumah.

Kalau ada soalan, sila tulis di komen. Akak akan komen kalau free. Lepas ni nak bagitau dugaan yang akak hadapi di UCL. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

kak, thnx for the info.. nak tanya, utk dapatkan scholarship PPC, ada interview ke?