Powered by Blogger.
RSS

*Sustainability, Responsibility* Manifesto (2) - Menaikkan nama FGHT

Kini, sambung pula usul saya yang kedua iaitu inginlah saya menaikkan nama FGHT di UTM. Fakulti Geoinfomasi dan Harta Tanah jarang dikenali oleh mahasiswa lain di UTM, apatah pula di luar UTM. Terdapat banyak kali, apabila saya memperkenalkan diri kepada orang luar FGHT, mereka tertanya-tanya dengan course saya. “Course ini macam mana ea??” Saya rasa saudari-saudara FGHT juga pernah menghadapi situasi begini, BETUL TAK?


Perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah meminta orang mengecat semula papan tanda di depan C02. Perkataan di atas papan hendaklah jelas dan terang supaya orang ramai dapat melihatnya dan akan cuba mengenali fakulti kita.

Di samping itu, FGHT banyak mengadakan GOP ke luar negara. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang pengalaman GOP mereka. Jikalau hanya 20 peserta sahaja yang merasai pengalaman ini, bukankah ini merupakan suatu pembaziran? Jadi, jikalau saya dapat menjadi MPM , saya ingin mewujudkan sebuah papan kenyataan GOP dimana pengalaman GOP dapat dikongsi bersama mahasiswa lain. Bak kata pepatah:" Serampang dua mata."

Pertama, papan kenyataan yang diwujudkan di FGHT ini juga akan menjadi PERINTIS dalam UTM, kerana fakulti lain tidak pernah ada papan kenyataan khas untuk Program Global Outreach. Saya percaya perintis ini dapat menaikkan lagi nama FGHT di UTM.

Kedua, papan kenyataan sebegini dapat membantu mereka yang berhasrat untuk mengadakan GOP ke tempat lain dengan merujuk kepada maklumat yang terdapat di papan kenyataan tersebut. Seperti peribahasa :” Sharing is caring.” Melalui pendekatan ini, bukan sahaja mahasiswa di FGHT dapat mengetahui pengalaman untuk berkunjung ke luar negara, tetapi mahasiswa di fakulti lain juga akan mendapat manfaat sebegini.

~ akan bersambung ~ =D


Undilah saya, KOH WEN YING, calon fakulti FGHT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: