Powered by Blogger.
RSS

Manifesto (1) - Menyempurnakan Kemudahan Infrastruktur di bangunan FGHT

Pernahkah anda mempunyai pengalaman seperti berikut:
1) Sewaktu sampai ke kelas baru teringat terlupa mencetak assignment?
2) Situasi Kedua, Assignment disiapkan last minute di fakulti tetapi tidak dapat mencetakkannya dengan cepat kerana kedai fotostat jauh dari fakulti?
3) Situasi ketiga, Assignment telah siap dan bersedia menghantarnya kepada pensyarah, tiba-tiba baru perasan ada pertambahan atau pembetulan yang perlu dibuat dal am report tersebut. tetapi malangnya tidak dapat dicetak keluar dengan pantas walaupun mempunyai softcopy?



Melihat mahasiswa selalu menghadapi masalah tersebut, saya ingin mewujudkan perkhidmatan fotostat dan binding di FGHT supaya memudahkan mahasiswa dalam menyelesaikan assignment dan report. Harga untuk perkhidmatan tersebut akan saya pastikan berpatutan, supaya tidak membebankan mahasiswa. Sebagai contoh, 5 sen untuk fotostat dan 10 sen untuk printing dan sebagainya.




Selain itu, fakulti kita mempunyai banyak bilik kuliah, bilik pensyarah dan makmal lain-lain, namun kita tidak mempunyai sebuah pelan yang sempurna yang akan menunjukkan semua bilik ini. Jadi, semasa pertukaran kelas, kita akan mengambil masa dalam mencari bilik yang hendak dituju. Hal ini secara tidak langsung TELAH MENGGANGGU SESI pembelajaran, terutamanya setiap kali awal semester kerana mahasiswa tidak mengetahui bilik kelas berada di mana. Ada suatu kali, saya dengan coursemate saya mengambil masa selama 20 min semata-mata untuk mencari di mana letaknya Makmal Komputer, dan telah terlepas beberapa pengumuman yang penting. Perumpamaan Melayu pernah mengatakan, “ Masa itu Emas.” Hal ini telah memberitahu saya bahawa betapa pentingnya sebuah pelan berlukis yang menunjukkan lokasi setiap bilik,di tingkat bawah c02, serta dimuatnaik ke laman web FGHT, supaya kita tidak sesat. Adakah anda setuju?




Di samping itu, saya juga ingin mewujudkan bilik khas untuk persatuan fakulti seperti PEMETA, LADS, PEHARTA, kelab Geoinfo dan Kelab Remote Sensing, setiap kelab satu bilik. Cetusan idea ini adalah kerana saya berpendapat mahasiswa yang berpesatuan memerlukan sebuah bilik untuk menyimpan fail-fail, rekod dan barang lain seperti kertas kosong dll. Mereka juga memerlukan sebuah bilik untuk mengadakan mesyuarat, selain daripada menggunakan bilik kuliah. Bilik khas tersebut juga dapat dijadikan bilik gerakan jika mereka ingin melakukan sesuatu aktiviti.


~ akan bersambung~ =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Rock said...

Nice one.. All the Best !